Seni penjuritan Istiadat_Pewaris_Penjurit-Kepetangan_Melayu_(IPPM)

Petikan dari Naskah Kitab Hikayat Hang Tuah

"Bukan barang-barang hulubalang, Penjurit Kepetangan jua orangnya.."[1]

Setua Senaman atau 'Satuo Senaman' adalah salah satu amalan setiap dari Pewaris Penjurit-Kepetangan yang dipelopori dan dipopularkan oleh Ajar-Ajar Tua Pendita Megat Ainuddin Al Asyuro lewat penghujung tahun '80an.Meditasi dan bersuluk adalah antara perkara yang amat dititik beratkan bagi setiap pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu selain dari pertapaan yang melibatkan gunung, air, laut, pulau dan lain-lain.Ilmu Persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu (IPPM).Istiadat mencuci keris yang di adakan pada setiap tahun ketika bulan Muharram mengikut kalendar Islam.Ajar-Ajar Tua, Pendita Megat Ainuddin Al Asyuro bersama Tun Azmel Ahmad dalam aksi belebat ketika di Sumatera, Indonesia.Tun Daeng Farul Azri dalam aksi belebat bersama Jay di atas sebuah batu putih di kawasan laut Selat Melaka.

Seni dan Ilmu yang diajarkan serta diperturunkan di dalam Penjurit-Kepetangan Melayu adalah di antara salah satu cabang ilmu 'peperangan Melayu'[1] yang masih lagi diwarisi dan dipelihara turun-temurun zaman-berzaman. Kehebatan bangsa Melayu dalam ilmu-ilmu peperangan dan beladiri telah banyak dicatatkan dalam manuskrip-manuskrip lama serta penulisan sekitar Asia Tenggara[15] dan juga barat.[17] Hal ini telah ditulis dengan jelas oleh pengarang-pengarang yang terdahulu dalam catatan-catatan yang menceritakan kehebatan ilmu peperangan bangsa Melayu seperti yang terdapat di dalam jurnal Tome Pires yang berjudul Suma Oriental. Beliau dengan jelas telah menulis mengenai seorang Laksamana Melaka – Admiral (tetapi tidak dinyatakan nama). Tulisannya diterjemahkan berbunyi begini; "Afonso de Albuquerque dan angkatan King Manuel tidak akan berjaya menawan Kota Melaka sekiranya Laksamana Melaka yang terkenal itu masih ada. Perkara ini terjadi dalam serangan pertama Portugis di bawah pimpinan Diego Lopes de Sequeira pada tahun 1509 gagal kerana Laksamana Melaka itu masih ada. Kini Melaka tiada lagi Laksamana itu lalu mereka mudah kami tewaskan." [17][14] Hal yang sama juga turut disebutkan di dalam Kitab Tuhfat al Nafis karangan Raja Ali Haji di Riau yang menceritakan stategi dan bentuk peperangan 'alam Melayu' yang lengkap dengan istinggar (senapang Melayu), lela rentaka (meriam) serta tentera yang lengkap berbaju besi.[15]

Penjurit Kepetangan Melayu ini amat menitik-beratkan pengetahuan ilmu peperangan dengan penggunaan senjata di dalam silibus pembelajarannya seperti; memanah,[18][19] berpedang, berkeris, berlembing, berkuda selain ketangkasan menggunakan beladiri tangan kosong. IPPM juga turut menekankan kepentingan aspek keharmonian dalam kehidupan sehari-hari bagi setiap pewaris dan juga ahli-ahlinya. Keperluan untuk bermeditasi, bertapa dan bersuluk amatlah dititik beratkan di dalam setiap amalan Penjuritan bagi mendekatkan diri pengamalnya kepada Maha Pencipta serta alam-alam semulajadi. Selain dari itu, IPPM juga menganjurkan permainan 'Dabat' (seni permainan) dan juga 'Belebat' (tempur). Di antara dabat-dabat yang terdapat di dalam Penjurit-Kepetangan Melayu adalah seperti berikut:

  • Cengkau Taji Beroga
  • Kecamuk Lang Segara
  • Badai Mencak Kelambit
  • Belalak Jampuk Aru-Aru
  • Karang Jeraus Keruh
  • Gusar Harimau Akar
  • Kudrat Alam Adikara

Bagi permainan Belebat pula, IPPM juga amat menggalakkan setiap dari pewarisnya untuk merasai dan mencuba teknik-teknik bertempur yang boleh diguna-pakai selain dari asimilasi permainan dabat tadi. Perkara ini secara tidak lansung akan memahirkan setiap dari pewaris-pewaris dalam Penjurit-Kepetangan Melayu. Ini adalah salah satu sebab di mana apabila dipamerkan permainan IPPM kepada umum, akan kelihatan setiap pewaris atau pesilat akan mempamerkan corak permainan yang berbeza di antara satu sama lain mengikut kesesuaian watak peribadi dan keserasian empunya diri masing-masing.

Ilmu ninja Melayu

Mengikut kajian umum para peminat seni beladiri Melayu atau Silat secara am, hanya Penjurit-Kepetangan Melayu sahaja satu-satunya pertubuhan silat atau ilmu tua Melayu yang mewarisi seni permainan 'Ninja' atau 'Shinobi' dari Jepun melalui dari cabang permainan dabat yang dikenali dengan nama Badai Mencak Kelambit.[20] Hal ini berlaku apabila Ajar-Ajar Tua, Megat Ainuddin berguru ilmu Penjurit-Kepetangan kepada Allahyarham Pendita Kiyai Tok Muslim Pertapa Solok Slim, iaitu salah seorang pengamal beladiri Melayu yang mengabadikan dirinya kepada kehidupan yang zuhud serta seorang ahli pertapa.[21] Megat Ainuddin juga mewarisi ilmu ini dari seorang lagi Pendita tua iaitu Allahyarham Pendita Pak Pa'ad. Memetik dari kata-kata kedua Pendita itu dan seperti juga yang tertulis di dalam naskah Kitab Hikayat Hang Tuah, ilmu Ninja Melayu ini telah disampaikan kepada Laksamana Hang Tuah sendiri ketika beliau melawat ke satu daerah di kawasan selatan Thailand, di mana ketika itu terdapat pemberontakkan oleh beberapa orang tentera upahan (Shinobi) dari Jepun yang melakukan kekacauan di daerah Siam tersebut. Mengikut catitan di dalam Hikayat Hang Tuah, beliau telah ditugaskan untuk memerangi pemberontak dari Jepun ini. Kesemua mereka dapat dibunuh kecuali seorang Shinobi yang ingin membunuh dirinya sendiri dengan cara 'Harakiri' tetapi dihalang oleh Hang Tuah. Beliau kemudiannya telah diIslamkan oleh Hang Tuah sendiri dan Shinobi tersebut menukar namanya kepada 'Adi Golok' sempena kehebatan permainan pedang panjangnya yang seperti 'Golok Melayu'. Hang Tuah kemudiannya mempelajari 'Seni Ninja' dan 'Shinobi' ini dari pendekar Jepun itu.[1]

Hal yang sama juga telah ditulis dengan jelas di dalam manuskrip-manuskrip Jepun lama dari kepulauan Ryukyu mengenai keterlibatan Shinobi-Shinobi Jepun di dalam kancah politik dan Istana di negara-negara sekitar Asia Tenggara termasuklah Melaka, Siam dan di Kepulauan Jawa. Mereka-mereka ini bertindak sebagai 'askar upahan' atau 'Ronin' bermula dari kurun ke-14 sehingga era penjajahan Belanda sekitar kurun ke-16. Campur tangan Shinobi Jepun ini banyak tercatat dalam jurnal-jurnal Portugis dan juga Belanda.[22]

Satuo Senaman

Bermula sejak penghujung tahun 80an lagi, Megat Ainuddin dan IPPM secara amnya kerap mempromosikan senaman-senaman Melayu lama yang diwarisi turun-temurun. Bentuk senaman ini diberi nama Satuo Senaman (Dialek: Minang) atau Setua Senaman[11] dan mula dipromosi kepada umum melalui majalah Waris, Majalah Pendekar (tahun 80an) dan kemudiannya Majalah Seni Beladiri (lewat tahun 90an). Amalan-amalan serta petua di dalam senaman Melayu lama ini termasuklah dari jenis senaman harimau, senaman kucing, senaman tujuh, senaman tiga belas dan beberapa jenis amalan dan petua lagi yang boleh diamalkan oleh umum bagi tujuan menjaga kecantikkan, kesihatan tubuh badan selain dari menjaga aliran dan tertib pernafasan dengan betul.

Pada tahun 2005, Ajar-Ajar Tua Megat Ainuddin dengan usaha sama Professor Madya Dr. Nor Anita Megat Nordin telah menghasilkan sebuah buku panduan senaman bagi lelaki dan wanita berjudul Senaman Silat Jiwa Sihat dan Senaman Silat Wanita[23] terbitan Al Ameen Publishing. Buku ini merupakan panduan lengkap rahsia-rahsia senaman Melayu termasuk juga dengan kaedah-kaedah penjagaan pernafasan bagi khalayak umum. Buku 'Senaman Silat Wanita' juga turut mendapat sambutan yang hangat sehingga diadaptasi ke dalam program realiti TV9, Gadis Melayu.[24]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Istiadat_Pewaris_Penjurit-Kepetangan_Melayu_(IPPM) http://artsonline.monash.edu.au/mai/files/2012/07/... http://www.lights.ca/publisher/db/7/3757.html http://www.amazon.com/Armando-Cortes%C3%A3o/e/B001... http://www.amazon.com/Atsushi-Kobata/e/B001I7KL1M http://www.amazon.com/The-Precious-Gift-Historical... http://www.amazon.com/s?ie=UTF8&field-author=Mitsu... http://www.asianeds.com/ http://alamketuananmelayu.blogspot.com/ http://3.bp.blogspot.com/-JJn44PSs3r4/UNA1WOaAsbI/... http://4.bp.blogspot.com/-QLhSjJNKo28/UNAvRmvi1nI/...